Monday 8 December 2014


PENGENALAN




Objektif projek menggegas dilakukan adalah bagi mendedahkan kepada pelajar teknik-teknik menggunakan peralatan di dalam bengkel,seperti kikir, gergaji besi, mesin gerudi, alat pengukur, dan sebagainya. Sebagai contoh,pelajar didedahkan teknik-teknik menggunakan mesin gerudi dengan betul di samping mematuhi peraturan keselamatan. Selain itu, pelajar juga di disiplinkan agar sentiasa mematuhi segala peraturan yang ada di dalam bengkel.




GAMBAR RAJAH PROJEK













LANGKAH-LANGKAH KERJA



1.   Memotong kepingan logam yang panjang kepada ukuran yang telah ditetapkan menggunakan gergaji besi.






2. Membuat ukuran pada benda kerja menggunakan pembaris keluli, sesiku L, tolok tinggi vernier dan penggarit.









3. Membuat lubang kecil pada bahagian A benda kerja denganmenggunakan penebuk pusat sebelum digerudi.







4. Memotong sisi bahagian A dengan menggunakan gergaji besi.




5. Bahagian A yang digerudi di buang dengan menggunakan pahat logam.




6. Bahagian X dikikir menggunakan kikir untuk menipis dan melicinkan permukaannya.




7. Titik 5 dilubangkan menggunakan mata gerudi bersaiz 8mm.







8. Bahagian Y dikikir untuk mendapatkan lengkung.







LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN




  • Memakai kasut keselamatan semasa berada di dalam bengkel.
  • Memakai baju bengkel.
  • Tidak menggunakan peralatan yang rosak atau sedang dalam proses pembaikan.






0 comments:

Post a Comment